Saturday, June 19, 2010

Hukum Orang yang Suka Mengumpat & Mengaibkan

Tajuk diatas merupakan suatu tajuk yang kurang senang untuk didengari kerana ianya suatu
tabiat yang sering kita lakukan dalam kehidupan seharian; malah ada ketikanya menjadi
kegemaran pula. Renungan yang dimaksudkan berkaitan dengan mengumpat atau ghibah.
Ianya adalah bersangkutan dengan kehormatan dan keperibadian seseorang. Ia bukan sahaja
menimbulkan keaiban kepada orang yang diumpat malah menampakkan keaiban serta
keburukan Si pencerita.
Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam
firmannya :
Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu
suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak
menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12)
Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang
membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:
Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya!
Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia
mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang
siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya).
Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya mengesan
tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta yang
lumpuh kerana membantu wanita tersebut.
Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran
besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau
sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:
Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang - orang yang
beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)

No comments:

Post a Comment