Thursday, June 17, 2010

Ya Allah, berikanlah aku kesabaran...

Ya Allah, Kau berikanlah aku kesabaran.. Lindungilah aku dari manusia-manusia berhati busuk & mempunyai hasad dengki.. Betapa aku sedar, aku hanyalah insan yang lemah & kerdil.. Banyak dugaan demi dugaan yang Kau berikan kepada aku, Ya Allah.. mampukah aku bertahan dengan semua ini Ya Allah...

Aku sungguh malu kerana merungut dengan dugaan yang Kau berikan kepada aku ya Allah.. Tapi apabila hati aku sering disakiti, gerak geriku sering menyakiti hati & mata insan lain yang tidak pernah puas menyakitiku.. Ampunilah aku ya Allah.. Ampuni aku kerana disebabkan itu, aku juga menyakiti hati insan lain yang tidak berdosa...

Ya Allah, Kau berilah petunjuk kepada aku untuk mendekatiMu dan mengenaliMu lebih dekat.. Kau berilah petunjuk kepada insan ini yang sering menyakiti hati insan-insan yang lain selain diriku.. Berilah dia keinsafan, putihkan hati dia yang begitu hitam.. kerana kata-kata yang kesat & menyakitkan datangnya daripada hati yang buta dan hitam.. Kata-kata yang sering mengguris perasaan insan lain, kata-kata yang nista, kata-kata yang sering membuat aku & insan lain menangis.. Apakah salah ku di matanya ya Allah... Berilah aku petunjuk kerna mungkin aku juga tidak menyedari telah menyakiti hatinya hingga dia begitu membenci aku & sering mencari kesalahan aku.

Aku sering tertanya-tanya.. kenapa? Apa semua ini? Di dalam kesendirian aku, apa yang telah aku lakukan hingga dia begitu rajin & tidak kering tekak sering menyindir tanpa henti? Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui.. Amin.

No comments:

Post a Comment